OHSEM: IKANO IKEA KEDUA MALAYSIA AKAN DIBINA DI CHERAS

Akan Menjadi Gedung IKEA Terbesar Di Malaysia.

HARGA LANGGANAN ASTRO AKAN NAIK RM5

Bermula 1 Disember 2014

ASTRO FREE SEMUA CHANNEL HARI INI (1/12/2014)

Dan juga tambahan channel baru lagi!!.

KUALA LUMPUR WORLD YOUTH STAMP EXHIBITION 2014

Di Kuala Lumpur Convention Centre

Thursday, December 4, 2014

Pelanggan Astro, Jom Tonton The Hobbit, The Battle of Five Armies PERCUMA!!


Berita baik untuk pelanggan Astro dan peminat filem Hobbit, anda boleh menebus mata ganjaran Astro Circle untuk menonton tayangan perdana The Hobbit, The Battle Of Five Armies.

Sebanyak 150 mata ganjaran boleh ditebus untuk dua keping tiket. Setiap akaun pengguna hanya boleh menebus maksimum 4 tiket sahaja.

Bagi setiap penebusan mata ganjaran yang berjaya, pelanggan perlu menuntut tiket mereka di kaunter astro circle yang disediakan di GSC MID VALLEY MEGAMALL, sejam sebelum tayangan bermula pada 9 malam. Lebih menarik lagi, pop corn percuma akan diberikan kepada setiap tiket yang ditebus.

Tunggu apa lagi, jom tonton The Hobbit, The Battle Of Five Armies di GSC MID VALLEY MEGAMAL pada 18 atau 19 Disember 2014. Jadi yang terawal menontonnya dengan Astro.

Tebus mata ganjaran di  Astro Circle

Wednesday, December 3, 2014

Mengumpul Setem, Seronok Ke?



Kalau di zaman kanak-kanak dulu terutamanya yang lahir di zaman 80-an atau 90-an, salah satu hobi yang akan ditulis di buku biodata pastinya mengumpul setem. Tetapi, di zaman teknologi maklumat ini, kalau kita kata masih sukakan setem, saya pasti ramai yang akan gelakkan kita.

Saya pun pernah mempunyai hobi ini di zaman sekolah dahulu. Malah, saya pernah menyertai kelab filateli di sekolah. Tidak banyak sekolah ada kelab ini, memang hebat. Dari mengumpul sekeping demi sekeping setem, sama ada dari surat, atau pun membelinya sendiri pejabat pos. Saya berjaya mengumpul sehingga dapat membentuk sebuah koleksi. Satu perasaan yang amat hebat.

Masa berlalu, hobi kanak-kanak semakin pudar. Mungkin kerana kesibukan bekerja dan tuntutan keluarga, masa untuk meluangkannya sudah tidak ada lagi. Tetapi, minat terhadapnya masih ada. Ya, saya akuinya. Saya masih lagi menyimpan koleksi setem kegemaran saya dan masih melihatnya di masa-masa lapang. Pernah saya terfikir, berapa nilai harganya setem-setem ini?

Lupakan soal itu, bersempena dengan Pameran Remaja Setem Dunia 2014 yang kini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre), saya ini berkongsikan beberapa jenis setem yang saya anggap satu karya agung yang tiada nilainya. Setiap setem ada ceritanya sendiri.

Setem Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang yang pernah dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setem penubuhan MAS dan setem ulangtahun ke-50 MAS.

Setem era pra-mrerdeka di zaman Persekutuan Tanah Melayu

Setem-setem The Great Britain

Setem Persidangan Parlimen Komenwealth Ke-9 pada 1963

Antara setem keluaran khas atau juga dikenali sebagai setem kenang-kenangan.

Setem Keluaran Khas Sukan Komenwealth 1998

Pek Cenderamata
Setakat ini, saya belum mempunyai setem yang bertemakan Hulu Langat, kalau ada, marilah kongsikan dengan kami.

Ini cuma sebahagian kecil dan koleksi saya yang memang tidak banyak pun. Jika mahu melihat lebih banyak, jom kita ke Pameran Setem Remaja Dunia 2014.

Artikel Berkaitan;
Kuala Lumpur Youth Stamp Exhibiton - Terbesar Di Dunia

    Lazada Malaysia


Monday, December 1, 2014

Astro Free Semua Channel Hari Ini...Tapi sampai bila? Dan Juga Channel Baru!!


Tanpa sebarang notis di laman web rasmi atau pun di halaman Facebook rasmi Astro, tiba-tiba, semua siaran astro boleh ditonton pada hari ini (1/12/2014). Ya, semua siaran kecuali Astro First dan Astro Best.

Saya tidak pasti kenapa Astro berbuat demikian tetapi selalunya ia adalah disebabkan oleh proses menaiktaraf perkhidmatan Astro. Jika anda menyedarinya, caj bagi siaran HD juga dinaikkan sebanyak RM5 bermula hari ini. Mungkin pihak Astro mahu mengambil hati pelanggannya di atas caj baru tersebut. Walau bagaimanapun, tidak pasti sehingga bila pelanggan dapat menonton semua siaran secara percuma ini.

Selain itu, Astro ada mengumumkan satu lagi siaran baru dari Korea iaitu Channel M (ch390) di mana semua pelanggan dapat menontonnya mulai esok (2/12/2014) sehingga 31 Januari 2015.


Kemaskini: Siaran semua channel percuma sehingga 8 pagi pada 2 Disember 2014.

Berita Kenaikan Caj Astro: Caj Astro Naik RM5 Bermula 1 Disember 2015


Kuala Lumpur YOUTH WORLD STAMP EXHIBITION



Tiada aktiviti untuk minggu ini? Jom kita kita ke World Youth Stamp Exhibition 2014 (KLWYSE) di Kuala Lumpur Convention Centre. Kalau anda nak tahu, ini ialah festival pameran setem yang terbesar di dunia dan kita patut berbangga kerana Kuala Lumpur terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi sesi kali ini.

KLWYSE merupakan anjuran bersama Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, Persatuan Filateli Malaysia dan juga Pos Malaysia. Di sini, kita akan berpeluang melihat ribuan setem yang dipamerkan oleh peserta-peserta dari seluruh dunia.

Selain itu, KLWYSE juga akan melancarkan beberapa setem kenang-kenangan edisi istimewa untuk pertunjukkan ini.

Setem Keluaran Khas KLWYSE 2014 yang memaparkan Puteri Gunung Ledang

Ayuh, jika anda peminat setem seperti saya, jom kita beramai-ramai ke Kuala Lumpur Convention Centre bermula 1 Disember sehingga 6 Disember 2014 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Masuk adalah percuma.

Bagi warga Hulu Langat, pusat konvensyen ini tentunya bukanlah lokasi yang asing anda semua, ia hanya terletak bersebelahan dengan Menara Berkembar Petronas dan Suria KLCC.

KLCC hanya 22 minit perjalanan dari Batu 9 Cheras


Tuesday, November 25, 2014

Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU) 2014



Masih anda ingat lagi dengan Festival Light And Motion di Putrajaya pada edisi 2013? Memang sangat ohsem. Atas kejayaan itu, pihak penganjur sekali lagi akan membawakan festival tersebut untuk edisi 2014 yang akan berlangsung pada 12 hingga 14 Disember 2014.

Lokasi kali ini ialah di Presint 3, Putrajaya. Juga dikenali sebagai LAMPU (Light And Motion Putrajaya), acara mega ini merupakan anjuran Perbadanan Putrajaya yang merupakan ahli 'Light Urban Community International (LUCI), sebuah badan persatuan antarabangsa yang menyokong inisiatif, evolusi idealistik dan transformasi industri pencahayaan di bandar-bandar seluruh dunia. Bunyinya menarik dan menyakinkan. Betul tak?

Menurut penganjur lagi, festival ini adalah sejajar dengan Pelan Induk Pencahayaan Putrajaya yang secara umumnya mempamerkan keindahan dan teknik pencahayaan di taman-taman dan bangunan di bandaraya tersebut.

Pasti menakjubkan! Jangan lepaskan peluang untuk datang ke festival ini lebih-lebih lagi sekarang merupakan musim cuti sekolah.

Bagi warga Hulu Langat, jom kita ke sana, cuma 25km dari Batu 9, Cheras.

Lokasi Festival Light And Motion Putrajaya 2014

Jadual acara festival belum lagi dikeluarkan oleh penganjur, jadi sebelum itu, bolehlah kita layan video promosi festival ini yang dikongsikan oleh Perbadanan Putrajaya. Enjoy



kredit: Facebook Rasmi Perbadanan Putrajaya

Monday, November 24, 2014

Kerajaan Selangor Ingin Menyediakan WIFI Berkelajuan Tinggi Seluruh Negeri Selangor Secara Percuma.


Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk memujudkan WiFi berkelajuan tinggi di seluruh negeri dengan perancangan membina 2500 hotspots di masa akan datang. Perkara tersebut diumumkan baru-baru ini semasa pembentangan belanjawan Negeri Selangor 2015.

Bagi yang sedia maklum, kerajaan negeri sudah menyediakan WiFi percuma di bawah skim WiFi Selangorku. Kelajuan yang diboleh dicapai ialah sekitar 1-2Mbps dengan radius 100 meter dari hotspots. Dengan pengumuman baru ini, kita mungkin akan dapat lihat lebih tinggi kelajuan internet yang disediakan dengan lebih besar kawasan yang akan menerima manfaat ini.

Lokasi-lokasi WiFi Selangorku di kawasan Parlimen Hulu Langat pada masa ini;

  • Dun Dusun TuaBalai Raya Taman CuepacsJalan Koop Cuepacs 5A Taman Cuepasc, Fasa 2 43200 Batu 9, Cheras.
  • Pusat Khidmat Masyarakat DUN DusunTua No.4A Jalan 2/5 Taman Pinggiran Delima Batu14, Hulu Langat.
  • Balairaya Kampung Sungai Machang, 43500 Semenyih.
  • Pusat Khidmat Komuniti Dun Semenyih, No 27 Tingkat 1, Jalan Semenyih Sentral 3, 43500 Semenyih.
  • Pusat Komuniti, Sungai Kantan, 43000 Kajang.
  • Pusat Khidmat Adun Kajang, Kawasan Sungai Chua, Kajang.
Diharap dengan pengumuman oleh Menteri Besar ini, lebih banyak kawasan di Hulu Langat diliputi oleh hotspots WiFi Selangorku memandangkan ramai orang kita tidak mampu untuk membayar langganan internet yang sangat mahal dengan kuota yang terhad. Apa pula pendapat anda?


BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAM NEGERI SELANGOR


Menteri Besar Selangor, YB Mohammad Azmin Ali telah mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji menerusi twitter beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa bayaran bonus tersebut akan dibuat pada 18 Disember 2014. Bonus ini diharap dapat meringankan beban penjawat awam negeri dalam membuat persiapan untuk anak-anak mereka menghadapi persekolahan tahun 2015, tambah beliau lagi.

Bonus setengah bulan ini juga merupakan bonus tambahan kepada bonus yang serupa dibayar semasa sambutan Aidilfitri lepas.

Nampaknya, penjawat awam negeri bakal menerima bonus lebih awal daripada penjawat awam persekutuan yang hanya akan menerima bonus mereka pada awal Januari seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan bujet lepas.

Lazada Malaysia

Ikuti Kami Di

TwitterFacebookGoogle PlusRSS Feed