Monday, November 17, 2014

Sejarah Hulu Langat: SIRI 1

Imej dari kiri, pintu SJK (C) Batu 9, pengawal keselamatan mengawal kampung baru yang dipasang kawat berduri dan sebelah kanan ialah Sir Henry Gurney.

Okay, kita dah tahu serba sedikit mengenai Hulu Langat dalam post sebelum ini. Tetapi, bagaimana tempat ini boleh wujud?

Jika anda biasa melusuri Jalan Hulu Langat, pasti akan perasan kewujudan kampung-kampung baru dari batu 9 hingga ke batu 18. Tetapi, kenapa namanya kampung baru? siapa yang mengasaskannya?

Mari kita kembali ke era sebelum merdeka iaitu semasa Malaysia masih lagi bergelar Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1950, Sir Henry Gurney yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada masa itu telah melancarkan sebuah rancangan penempatan semula penduduk-penduduk cina dari kawasan pedalaman ke kampung-kampung baru yang dibuka oleh kerajaan.

Rancangan tersebut dikenali sebagai Rancangan Briggs bersempena dengan nama pengarah operasi yang mengetuainya iaitu Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Tujuannya penempatan ini dilakukan bagi menyelamatkan penduduk luar bandar supaya tidak lagi diugut oleh Pergerakan Min Yuen untuk memberikan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Hasilnya, operasi Min Yuen berjaya dilumpuhkan sekaligus memberi tekanan kepada Parti Komunis Malaya.

Di awal penubuhan kampung-kampung baru ini, kawasan tersebut dipagar dengan kawat berduri dan dikawal 24 jam oleh pasukan keselamatan. Selain itu, kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik dan air turut diberikan kepada penduduk kampung baru.


Terdapat 10 buah kampung yang dibuka di daerah Hulu Langat pada masa itu iaitu;

  • Kampung Baru Batu 9 Cheras
  • Kampung Baru Batu 11 Cheras
  • Kampung Baru Batu 14 Hulu Langat
  • Kampung Baru Batu 18 Hulu Langat
  • Kampung Baru Balakong
  • Kampung Baru Sungai Chua
  • Kampung Baru Semenyih
  • Kampung Baru Broga
  • Kampung Baru Dengkil
  • Kampung Baru Bangi
Selain daripada pihak kerajaan, parti MCA juga banyak membantu komuniti cina pada masa itu selain turut mendapatkan dana bagi membina sekolah di Batu 9 dan Batu 11.

Sungguh tak sangka Hulu Langat merupakan sebahagian dari sejarah penting negara, saya akan cuba kupas lagi di siri sejarah Hulu Langat di masa akan datang.

Kerajaan: Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu
Parti MCA: Malaysian Chinese Association
Min Yuen: Sebuah pergerakan yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya untuk mencari bekalan makanan dan ubat-ubatan

2 comments:

  1. Thanks a great help for my son's PT3 assignment. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH. SANGAT MEMBANTU SAYA MEMBUAT KAJIAN

    ReplyDelete

Lazada Malaysia

Ikuti Kami Di

TwitterFacebookGoogle PlusRSS Feed