Wednesday, December 3, 2014

Mengumpul Setem, Seronok Ke?



Kalau di zaman kanak-kanak dulu terutamanya yang lahir di zaman 80-an atau 90-an, salah satu hobi yang akan ditulis di buku biodata pastinya mengumpul setem. Tetapi, di zaman teknologi maklumat ini, kalau kita kata masih sukakan setem, saya pasti ramai yang akan gelakkan kita.

Saya pun pernah mempunyai hobi ini di zaman sekolah dahulu. Malah, saya pernah menyertai kelab filateli di sekolah. Tidak banyak sekolah ada kelab ini, memang hebat. Dari mengumpul sekeping demi sekeping setem, sama ada dari surat, atau pun membelinya sendiri pejabat pos. Saya berjaya mengumpul sehingga dapat membentuk sebuah koleksi. Satu perasaan yang amat hebat.

Masa berlalu, hobi kanak-kanak semakin pudar. Mungkin kerana kesibukan bekerja dan tuntutan keluarga, masa untuk meluangkannya sudah tidak ada lagi. Tetapi, minat terhadapnya masih ada. Ya, saya akuinya. Saya masih lagi menyimpan koleksi setem kegemaran saya dan masih melihatnya di masa-masa lapang. Pernah saya terfikir, berapa nilai harganya setem-setem ini?

Lupakan soal itu, bersempena dengan Pameran Remaja Setem Dunia 2014 yang kini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre), saya ini berkongsikan beberapa jenis setem yang saya anggap satu karya agung yang tiada nilainya. Setiap setem ada ceritanya sendiri.

Setem Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang yang pernah dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setem penubuhan MAS dan setem ulangtahun ke-50 MAS.

Setem era pra-mrerdeka di zaman Persekutuan Tanah Melayu

Setem-setem The Great Britain

Setem Persidangan Parlimen Komenwealth Ke-9 pada 1963

Antara setem keluaran khas atau juga dikenali sebagai setem kenang-kenangan.

Setem Keluaran Khas Sukan Komenwealth 1998

Pek Cenderamata
Setakat ini, saya belum mempunyai setem yang bertemakan Hulu Langat, kalau ada, marilah kongsikan dengan kami.

Ini cuma sebahagian kecil dan koleksi saya yang memang tidak banyak pun. Jika mahu melihat lebih banyak, jom kita ke Pameran Setem Remaja Dunia 2014.

Artikel Berkaitan;
Kuala Lumpur Youth Stamp Exhibiton - Terbesar Di Dunia

    Lazada Malaysia


0 comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia

Ikuti Kami Di

TwitterFacebookGoogle PlusRSS Feed