OHSEM: IKANO IKEA KEDUA MALAYSIA AKAN DIBINA DI CHERAS

Akan Menjadi Gedung IKEA Terbesar Di Malaysia.

HARGA LANGGANAN ASTRO AKAN NAIK RM5

Bermula 1 Disember 2014

ASTRO FREE SEMUA CHANNEL HARI INI (1/12/2014)

Dan juga tambahan channel baru lagi!!.

KUALA LUMPUR WORLD YOUTH STAMP EXHIBITION 2014

Di Kuala Lumpur Convention Centre

Thursday, December 4, 2014

Pelanggan Astro, Jom Tonton The Hobbit, The Battle of Five Armies PERCUMA!!


Berita baik untuk pelanggan Astro dan peminat filem Hobbit, anda boleh menebus mata ganjaran Astro Circle untuk menonton tayangan perdana The Hobbit, The Battle Of Five Armies.

Sebanyak 150 mata ganjaran boleh ditebus untuk dua keping tiket. Setiap akaun pengguna hanya boleh menebus maksimum 4 tiket sahaja.

Bagi setiap penebusan mata ganjaran yang berjaya, pelanggan perlu menuntut tiket mereka di kaunter astro circle yang disediakan di GSC MID VALLEY MEGAMALL, sejam sebelum tayangan bermula pada 9 malam. Lebih menarik lagi, pop corn percuma akan diberikan kepada setiap tiket yang ditebus.

Tunggu apa lagi, jom tonton The Hobbit, The Battle Of Five Armies di GSC MID VALLEY MEGAMAL pada 18 atau 19 Disember 2014. Jadi yang terawal menontonnya dengan Astro.

Tebus mata ganjaran di  Astro Circle

Wednesday, December 3, 2014

Mengumpul Setem, Seronok Ke?



Kalau di zaman kanak-kanak dulu terutamanya yang lahir di zaman 80-an atau 90-an, salah satu hobi yang akan ditulis di buku biodata pastinya mengumpul setem. Tetapi, di zaman teknologi maklumat ini, kalau kita kata masih sukakan setem, saya pasti ramai yang akan gelakkan kita.

Saya pun pernah mempunyai hobi ini di zaman sekolah dahulu. Malah, saya pernah menyertai kelab filateli di sekolah. Tidak banyak sekolah ada kelab ini, memang hebat. Dari mengumpul sekeping demi sekeping setem, sama ada dari surat, atau pun membelinya sendiri pejabat pos. Saya berjaya mengumpul sehingga dapat membentuk sebuah koleksi. Satu perasaan yang amat hebat.

Masa berlalu, hobi kanak-kanak semakin pudar. Mungkin kerana kesibukan bekerja dan tuntutan keluarga, masa untuk meluangkannya sudah tidak ada lagi. Tetapi, minat terhadapnya masih ada. Ya, saya akuinya. Saya masih lagi menyimpan koleksi setem kegemaran saya dan masih melihatnya di masa-masa lapang. Pernah saya terfikir, berapa nilai harganya setem-setem ini?

Lupakan soal itu, bersempena dengan Pameran Remaja Setem Dunia 2014 yang kini berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre), saya ini berkongsikan beberapa jenis setem yang saya anggap satu karya agung yang tiada nilainya. Setiap setem ada ceritanya sendiri.

Setem Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang yang pernah dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setem penubuhan MAS dan setem ulangtahun ke-50 MAS.

Setem era pra-mrerdeka di zaman Persekutuan Tanah Melayu

Setem-setem The Great Britain

Setem Persidangan Parlimen Komenwealth Ke-9 pada 1963

Antara setem keluaran khas atau juga dikenali sebagai setem kenang-kenangan.

Setem Keluaran Khas Sukan Komenwealth 1998

Pek Cenderamata
Setakat ini, saya belum mempunyai setem yang bertemakan Hulu Langat, kalau ada, marilah kongsikan dengan kami.

Ini cuma sebahagian kecil dan koleksi saya yang memang tidak banyak pun. Jika mahu melihat lebih banyak, jom kita ke Pameran Setem Remaja Dunia 2014.

Artikel Berkaitan;
Kuala Lumpur Youth Stamp Exhibiton - Terbesar Di Dunia

    Lazada Malaysia


Monday, December 1, 2014

Astro Free Semua Channel Hari Ini...Tapi sampai bila? Dan Juga Channel Baru!!


Tanpa sebarang notis di laman web rasmi atau pun di halaman Facebook rasmi Astro, tiba-tiba, semua siaran astro boleh ditonton pada hari ini (1/12/2014). Ya, semua siaran kecuali Astro First dan Astro Best.

Saya tidak pasti kenapa Astro berbuat demikian tetapi selalunya ia adalah disebabkan oleh proses menaiktaraf perkhidmatan Astro. Jika anda menyedarinya, caj bagi siaran HD juga dinaikkan sebanyak RM5 bermula hari ini. Mungkin pihak Astro mahu mengambil hati pelanggannya di atas caj baru tersebut. Walau bagaimanapun, tidak pasti sehingga bila pelanggan dapat menonton semua siaran secara percuma ini.

Selain itu, Astro ada mengumumkan satu lagi siaran baru dari Korea iaitu Channel M (ch390) di mana semua pelanggan dapat menontonnya mulai esok (2/12/2014) sehingga 31 Januari 2015.


Kemaskini: Siaran semua channel percuma sehingga 8 pagi pada 2 Disember 2014.

Berita Kenaikan Caj Astro: Caj Astro Naik RM5 Bermula 1 Disember 2015


Kuala Lumpur YOUTH WORLD STAMP EXHIBITION



Tiada aktiviti untuk minggu ini? Jom kita kita ke World Youth Stamp Exhibition 2014 (KLWYSE) di Kuala Lumpur Convention Centre. Kalau anda nak tahu, ini ialah festival pameran setem yang terbesar di dunia dan kita patut berbangga kerana Kuala Lumpur terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi sesi kali ini.

KLWYSE merupakan anjuran bersama Kementerian Komunikasi Dan Multimedia, Persatuan Filateli Malaysia dan juga Pos Malaysia. Di sini, kita akan berpeluang melihat ribuan setem yang dipamerkan oleh peserta-peserta dari seluruh dunia.

Selain itu, KLWYSE juga akan melancarkan beberapa setem kenang-kenangan edisi istimewa untuk pertunjukkan ini.

Setem Keluaran Khas KLWYSE 2014 yang memaparkan Puteri Gunung Ledang

Ayuh, jika anda peminat setem seperti saya, jom kita beramai-ramai ke Kuala Lumpur Convention Centre bermula 1 Disember sehingga 6 Disember 2014 dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Masuk adalah percuma.

Bagi warga Hulu Langat, pusat konvensyen ini tentunya bukanlah lokasi yang asing anda semua, ia hanya terletak bersebelahan dengan Menara Berkembar Petronas dan Suria KLCC.

KLCC hanya 22 minit perjalanan dari Batu 9 Cheras


Tuesday, November 25, 2014

Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU) 2014



Masih anda ingat lagi dengan Festival Light And Motion di Putrajaya pada edisi 2013? Memang sangat ohsem. Atas kejayaan itu, pihak penganjur sekali lagi akan membawakan festival tersebut untuk edisi 2014 yang akan berlangsung pada 12 hingga 14 Disember 2014.

Lokasi kali ini ialah di Presint 3, Putrajaya. Juga dikenali sebagai LAMPU (Light And Motion Putrajaya), acara mega ini merupakan anjuran Perbadanan Putrajaya yang merupakan ahli 'Light Urban Community International (LUCI), sebuah badan persatuan antarabangsa yang menyokong inisiatif, evolusi idealistik dan transformasi industri pencahayaan di bandar-bandar seluruh dunia. Bunyinya menarik dan menyakinkan. Betul tak?

Menurut penganjur lagi, festival ini adalah sejajar dengan Pelan Induk Pencahayaan Putrajaya yang secara umumnya mempamerkan keindahan dan teknik pencahayaan di taman-taman dan bangunan di bandaraya tersebut.

Pasti menakjubkan! Jangan lepaskan peluang untuk datang ke festival ini lebih-lebih lagi sekarang merupakan musim cuti sekolah.

Bagi warga Hulu Langat, jom kita ke sana, cuma 25km dari Batu 9, Cheras.

Lokasi Festival Light And Motion Putrajaya 2014

Jadual acara festival belum lagi dikeluarkan oleh penganjur, jadi sebelum itu, bolehlah kita layan video promosi festival ini yang dikongsikan oleh Perbadanan Putrajaya. Enjoy



kredit: Facebook Rasmi Perbadanan Putrajaya

Monday, November 24, 2014

Kerajaan Selangor Ingin Menyediakan WIFI Berkelajuan Tinggi Seluruh Negeri Selangor Secara Percuma.


Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk memujudkan WiFi berkelajuan tinggi di seluruh negeri dengan perancangan membina 2500 hotspots di masa akan datang. Perkara tersebut diumumkan baru-baru ini semasa pembentangan belanjawan Negeri Selangor 2015.

Bagi yang sedia maklum, kerajaan negeri sudah menyediakan WiFi percuma di bawah skim WiFi Selangorku. Kelajuan yang diboleh dicapai ialah sekitar 1-2Mbps dengan radius 100 meter dari hotspots. Dengan pengumuman baru ini, kita mungkin akan dapat lihat lebih tinggi kelajuan internet yang disediakan dengan lebih besar kawasan yang akan menerima manfaat ini.

Lokasi-lokasi WiFi Selangorku di kawasan Parlimen Hulu Langat pada masa ini;

  • Dun Dusun TuaBalai Raya Taman CuepacsJalan Koop Cuepacs 5A Taman Cuepasc, Fasa 2 43200 Batu 9, Cheras.
  • Pusat Khidmat Masyarakat DUN DusunTua No.4A Jalan 2/5 Taman Pinggiran Delima Batu14, Hulu Langat.
  • Balairaya Kampung Sungai Machang, 43500 Semenyih.
  • Pusat Khidmat Komuniti Dun Semenyih, No 27 Tingkat 1, Jalan Semenyih Sentral 3, 43500 Semenyih.
  • Pusat Komuniti, Sungai Kantan, 43000 Kajang.
  • Pusat Khidmat Adun Kajang, Kawasan Sungai Chua, Kajang.
Diharap dengan pengumuman oleh Menteri Besar ini, lebih banyak kawasan di Hulu Langat diliputi oleh hotspots WiFi Selangorku memandangkan ramai orang kita tidak mampu untuk membayar langganan internet yang sangat mahal dengan kuota yang terhad. Apa pula pendapat anda?


BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAM NEGERI SELANGOR


Menteri Besar Selangor, YB Mohammad Azmin Ali telah mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji menerusi twitter beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa bayaran bonus tersebut akan dibuat pada 18 Disember 2014. Bonus ini diharap dapat meringankan beban penjawat awam negeri dalam membuat persiapan untuk anak-anak mereka menghadapi persekolahan tahun 2015, tambah beliau lagi.

Bonus setengah bulan ini juga merupakan bonus tambahan kepada bonus yang serupa dibayar semasa sambutan Aidilfitri lepas.

Nampaknya, penjawat awam negeri bakal menerima bonus lebih awal daripada penjawat awam persekutuan yang hanya akan menerima bonus mereka pada awal Januari seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan bujet lepas.

Sunday, November 23, 2014

Pameran MAHA 2014: Agroteknologi Pemangkin Transformasi.


Begitu meriah dengan karnival dan pameran di hujung tahun ini nampaknya, terutama di sekitar Putrajaya. Minggu ini, satu lagi pameran iaitu MAHA atau juga dikenali sebagai Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show berlangsung di Taman Expo Pertanian Malaysia Serdang. Pameran 10 hari ini bermula 20 November sehingga 30 November 2014.

8 Fokus Utama MAHA 2014
Pameran tahunan tersebut kali ini bertemakan Agroteknologi Pemangkin Transformasi akan memberi tumpuan kepada 8 fokus utama iaitu;

  • Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)
  • Industri Berasaskan Agro
  • Agro Perlancongan
  • Agro Belia
  • Agro Gaya Hidup
  • Industri Agro Makanan
  • Agro Perdagangan
  • Cabaran Inovasi Pertanian Malaysia (MAgIC)
Peta Ruang Pameran MAHA 2014

Selain daripada pameran, pengunjung juga boleh menyertai beberapa aktiviti menarik seperti;
  • Pertandingan Fotografi Peladang
  • Pertandingan Idea Belia Agro
  • Agro Hunt MAHA 2014
  • Seminar Walk-In MAHA 2014
  • Kongress Agro Antarabangsa 2014 di Pullman, Putrajaya.
Bagi merancang jadual perjalanan anda ke sana, anda digalakkan memuat turun Panduan Pengunjung MAHA 2014. ini

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pameran MAHA 2014 yang dijamin tidak akan mengecewakan bagi sesiapa yang datang. Bagi warga Hulu Langat, tapak pameran ini hanya 20 minit dari Batu 9 Cheras.

Peta Lokasi MAHA 2014 (Carian Di Google Maps)

Saturday, November 22, 2014

ALL RM5 FIESTA DI VIVA MALL



Tidak ke mana-mana di hujung minggu ini, jom ke Viva Mall. Popular Book Store sedang mengadakan jualan 'gila-gila' bagi buku-buku bahasa Inggeris. Semuanya dijual pada harga RM5 setiap satu. Wah!!

Jika anda peminat novel atau hanya buku kanak-kanak, jom ke Viva Mall. Fiesta ini akan berlangsung dari 21 November hingga 30 November 2014.

2000,000 buku dijual...perhh, banyak tu

Buku kanak-kanak pun ada.

Kanak-kanak mesti sukakan buku ini.

Warga Hulu Langat, jom kita ke situ, Viva Mall hanya 20 minit dari Batu 9, Hulu Langat. Bagi yang tidak tahu di mana tempat ini, boleh lihat lokasinya di bawah;

Lokasi ke Viva Mall
Kredit (imej): Facebook Popular Book

XIOMI REDMI 1S: Telefon Pintar Mampu Milik. MURAH DI LAZADA!!


Mencari telefon pintar baru untuk dijadikan hadiah ataupun untuk digunakan sendiri. Dengan begitu banyak jenis telefon bimbit di pasaran, sudah tentu menjadi satu kesukaran untuk memilih yang terbaik.

Kenapa saya memilih telefon pintar ini? Pertamanya ialah Redmi 1S dikuasakan dengan cip Pemprosesan Qualcomm MSM8228 Snapdragon yang mempunyai empat teras 1.6Ghz yang pantas. Selain itu, cip ini juga dilengkapi dengan Adreno 305 GPU yang membolehkan anda bermain permainan dengan grafik yang agak baik.

Xiomi Redmi 1S mengunakan launcher MIUI
Selain itu, Xiomi Redmi 1S juga dilengkapi dengan kamera belakang 8MP, dan kamera depan 1.6MP. Ruang penyimpanan storan terbina ialah 8GB dengan Memori ingatan (RAM) sebanyak 1GB. Kamera ini juga menyokong rakaman dalam 1080p HD penuh.

Yang paling menarik tentang telefon pintar ini ialah ia mempunyai paparan 720 x 1280 pixels dengan skrin 4.7 inci. Ia memberikan kepadatan sebanyak 312PPI, satu bacaan yang cemerlang yang akan ditafsirkan kepada paparan skrin yang tajam dan cantik.

Seperti kebanyakkan telefon pintar dari China seperti Lenovo dan Huawei, Xiomi Redmi 1S mempunyai sokongan terhadap dua sim yang boleh diaktifkan kedua-duanya.

Jadi, berapa harganya? Cuma RM419..ya, harganya sangat menarik. Tunggu apa lagi..

    Lazada Malaysia

Friday, November 21, 2014

HARGA LANGGANAN ASTRO NAIK RM5 BERMULA 1 DISEMBER 2014

Salam sejahtera semua, kita baru sahaja tahu mengenai pemansuhan subsidi petrol RON95 bermula 1 Disember ini. Hari ini pula, kita dikejutkan lagi dengan berita harga langganan Astro yang akan dinaikkan bermula pada hari yang sama. 

Walaupun ia bukanlah berita baru kerana ia telah bertiup kencang di laman sosial sebelum ini, Astro hanya mengesahkan berita tersebut pada hari ini melalui email yang dihantar ke pelanggan-pelanggannya.



Selain daripada itu, Astro juga telah menambah beberapa siaran HD dan SD baru seperti;

  • FOX Family Movies HD
  • FOX Action Movies HD
  • FOX HD
  • DIVA HD
  • Fyi
  • Hits HD
  • Astro AEC HD
  • Astro Shuang Xing HD
  • Zoo Moo SD
  • Celestial Classic Movies SD
    Lazada Malaysia


Walaupun saya menyambut baik penambahan siaran baru ini memandangkan saya merupakan penggemar siaran FOX, tetapi saya merasakan kenaikan harga itu sesuatu yang tidak patut. Apa pendapat anda? Kongsinya di sini..


BETUL, BETUL, BETUL....JOM TENGOK JADUAL KARNIVAL UPIN DAN IPIN 2014

Karnival Upin Dan Ipin 2014 membuka tirainya hari ini. Tetapi, saya pasti ramai ibu bapa akan membawa anak-anak mereka pada hari sabtu dan ahad. Jadi, ingin merancang masa terbaik ke sana? Jom tengok jadual tentatif perjalanan karnival sepanjang tiga hari tersebut.


Klik jadual untuk paparan lebih besar
Bagi yang akan hadir pada hari esok, pastikan anda bersedia kerana pada hari ini sahaja, begitu ramai orang datang ke hari pertama karnival ini meskipun hari bekerja. Jadi boleh bayangkan akan lebih ramai lagi orang pada esok dan lusa.

Gambar yang dikongsi di Facebook Upin & Ipin. Ramainya orang...
Jika anda masih tidak tahu, karnival kali ini juga menampilkan Ultraman Ribut. Siapa pula Ultraman Ribut, anda boleh menonton episod khas Upin & Ipin di pos sebelum ini. Tonton episod khas Upin & Ipin Dengan Ultraman Ribut.

Jumpa anda di sana...


Thursday, November 20, 2014

KELAJUAN INTERNET FIBER DI HULU LANGAT


Salam sejahtera dan hai semua terutama penduduk Hulu Langat. Kita sedia maklum bahawa capaian internet begitu penting dalam kehidupan kita seharian, tak kiralah untuk bekerja, bersosial, hiburan dan apa juga tujuan lain. Tetapi, kita semua setuju dengan satu perkara. internet yang laju amat menyenangkan. Betul?

Saya menggunakan Maxis Fibre di rumah dengan memilih pakej dengan kelajuan 10Mbps. Dengan ujian dilakukan melalui OOKLA Speedtest mendapati, saya berjaya memperolehi kelajuaan seperti yang dijanjikan. Walaubagaimanapun, kelajuan ping masih agak lambat dan ini akan terasa jika anda merupakan pemain permainan atas talian. 


Saya juga mampu mendapat kelajuan pindah turun sehingga mencecah 1.3MB/S. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan kelajuan yang dijanjikan dengan Maxis Fibre ini. Tempat anda pula bagaimana? Ada pengguna Unifi atau yang lain, boleh kongsikan di sini.


APLIKASI mySYABAS: MAKLUMAT GANGGUAN AIR DI TELEFON PINTAR ANDA



Gangguan air merupakan sesuatu yang menyusahkan kita semua. Apatah lagi bagi warga Hulu Langat, sudah tentunya kita pernah merasainya semasa krisis bekalan air di awal tahun ini.

Lebih menyakitkan hati jika notis gangguan bekalan air berjadual yang disediakan tidak sampai ke pengetahuan kita. Mungkin kerana lalai, kesibukan bekerja atau pun berada di luar kawasan.

Menyedari masalah ini, SYABAS, syarikat konsensi yang mengurusan bekalan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mencipta sebuah aplikasi khusus untuk telefon pintar. Aplikasi ini dikenali sebagai mySYABAS.

Melalui aplikasi ini, anda boleh mengetahui notis-notis terkini gangguan air di kawasan anda. Juga boleh membaca kenyataan - kenyataan media yang dibuat oleh pihak SYABAS. Lebih menarik lagi, aplikasi ini juga menyediakan ruang eAduan bagi membolehkan pengguna membuat laporan terus kepada SYABAS jika mengalami sebarang masalah dengan bekalan air.

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store untuk Android. Manakala, bagi peranti iOS pula, ia akan datang ke Apple App Store dalam masa terdekat.


KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA ADUN KAJANG

Para belia Hulu Langat semua, jika anda belum merancang apa-apa pada hujung bulan November ini. Apa kata jemput rakan-rakan anda untuk menyertai kejohanan sepak takraw Piala Adun Kajang yang akan berlangsung pada Ahad, 30 November 2014.

Kejohanan ini merupakan anjuran Gabungan Penggerak Belia Tempatan Dun Kajang dengan kerjasama JKKK Kampung Batu 10 Cheras. Kejohanan ini menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM500 untuk pasukan yang menang. Jumlah yang cukup untuk membawa seluruh satu pasukan menikmati makan malam yang ohsem andaikata menang.

Kompleks Penghulu Batu 10 dipilih sebagai venue kejohanan kali ini, Bagi yang tidak tahu di mana tempat ini, ia tidak jauh dari Masjid Batu 10. Segala maklumat boleh didapati melalui poster disediakan. Enjoy!!

Poster Kejohanan Sepak Takraw Piala Adun Kajang.

Sumber: Facebook Rasmi Adun Kajang - https://www.facebook.com/drwawi

Wednesday, November 19, 2014

OHSEM: IKANO IKEA KEDUA MALAYSIA AKAN DIBINA DI CHERAS



Siapa tak kenal dengan IKEA, gedung membeli-belah perabot terkenal di Mutiara Damansara. IKANO dilaporkan sedang membina gedung IKEA di Jalan Cochrane, Cheras. Menurut laman sesawang rasmi kontrator yang bertanggungjawab  membina IKEA Cochrane iaitu IEN Consultans  , gedung ini mempunyai skala lebih besar dari gedung IKEA sedia ada. Keluasan binaannya meliputi seluas 110,000 m2. Wow, puaslah berjalan nanti.

Tahap pembinaan Ikea Cochrane sehingga Ogos 2014
Diberitakan juga bahawa IKEA Cochrane akan sebumbung dengan pusat membeli-belah ONE Cochrane. Pembinaannya sudah lama bermula dan menurut IEN Consultants lagi, pembinaannya akan tamat pada hujung 2014 ini.

Namun begitu, saya rasakan ia akan dibuka selewat-lewatnya pertengahan tahun depan. Kedatangan IKEA ke Cheras sudah pastinya bakal memberikan saingan kuat kepada Viva Mall yang terletak di Jalan Loke Yew.

Bagi orang Hulu Langat, ini berita baik, kita tak perlu lagi menempuh jem, membayar tol dua tiga kali untuk ke Mutiara Damansara, One Cochrane hanya terletak kira-kira 12km dari Batu 9 Cheras.

Tapak kosong tersebut merupakan tapak binaan IKEA Cochrane
jika dilihat menerusi Google Maps
Laman sesawang rasmi IEN Consultans: http://www.ien.com.my/projects/ikea.html
Kredit imej: (tapak binaan IKEA Cochrane) http://www.skyscrapercity.com/showthread.php?t=1505223&page=8

Karnival Upin & Ipin Dengan Penampilan Istimewa Ultraman Ribut

Karnival Upin Ipin Dan Ultraman di PICC pada 21 - 23 Nov 2014

Hujung minggu semakin hampir. Ya, cuti sekolah pun sudah bermula. Apa kata jom bawa keluarga dan anak-anak ke Karnival Upin & Ipin di Putrajaya International Convention Centre (PICC) bermula 21 hingga 23 November 2014.

Apa yang istimewanya karnival kali ini. Sudah tentunya Upin dan Ipin akan membawakan rakan mereka dari Jepun iaitu Ultraman Ribut. Wow!!, saya tidak pasti Ultraman versi yang mana kali ini tetapi terima kasih kepada pemilik jenama Ultraman iaitu Tsuburaya atas kerjasama hebat dengan Les Copaque bagi menjayakan koloborasi menakjubkan ini.

Selain itu, tiga episod khas Upin & Ipin Dan Ultraman Ribut dihasilkan dan telah pun ditayangkan di slot Bananana TV9 pada 14, 15 dan 16 November 2014 lepas.

Bagi yang belum berkesempatan menonton ketiga-tiga episod tersebut, jom saya belanja menontonnya di bawah.

Upin & Ipin Dan Ultraman Ribut Episod 1,2 & 3;



Selamat menonton dan jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke karnival tersebut. Bagi orang Hulu Langat, PICC hanya 34KM dari Batu 9, Cheras. Jangan lupa datang!!

Laman web rasmi Les Copaque: http://lescopaque.com/
Facebook rasmi Perbadanan Putrajaya: https://www.facebook.com/putrajaya

Kemaskini: Ultraman Ribut merupakan Ultraman yang dicipta khas untuk episod istimewa Upin Ipin ini. Hebat!!

kredit: Les Copague, Youtube, Perbadanan Putrajaya

Tuesday, November 18, 2014

Cari Makan - Keropok Lekor "AWESOME" Bandar Tun Razak

Siapa yang tak kenal keropok lekor? Digoreng panas ditambah lagi dengan sos yang sedap. Perhh, memang ohsem. Tapi ini bukan keropok Terengganu ataupun yang losong yang popular itu.

Jika anda berkunjung ke Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur terutama pada petang Selasa. Jangan lupa untuk singgah di pasar malam selasa. Ya, pasar tersebut ada pada setiap hari selasa. Ia terletak di Jalan Bangsawan yang mana di situ merupakan kawasan perumahan rumah teres satu tingkat.

Jadi, mana gerai keropok lekor tersebut?

Ini gambarnya, saya tak pasti siapa pemilik gerai tersebut, tetapi anda boleh cari gerai yang menjual keropok lekor yang dikunjungi begitu ramai orang.

Begitu ramai orang beratur menunggu giliran membeli keropok lekor

Keropok Lekor yang sedang digoreng..panas..panas
Kebanyakkan masa, anda perlu tunggu agak lama, sekitar 10 -15 minit jika ramai orang yang menunggu. Tetapi, rasa yang enak keropok lekor ini pasti menjadikan penantian seketika itu sesuatu yang berbaloi.

Anda boleh mencari Jalan Bangsawan di Google Map

Jadi, jika sukar untuk mencari tempat ini, anda boleh taipkan Jalan Bangsawan Bandar Tun Razak di Google Map. Bagi orang Hulu Langat, tempat ini cuma kira-kira 12km dari pekan batu 9. Semoga berjaya.

Monday, November 17, 2014

Sejarah Hulu Langat: SIRI 1

Imej dari kiri, pintu SJK (C) Batu 9, pengawal keselamatan mengawal kampung baru yang dipasang kawat berduri dan sebelah kanan ialah Sir Henry Gurney.

Okay, kita dah tahu serba sedikit mengenai Hulu Langat dalam post sebelum ini. Tetapi, bagaimana tempat ini boleh wujud?

Jika anda biasa melusuri Jalan Hulu Langat, pasti akan perasan kewujudan kampung-kampung baru dari batu 9 hingga ke batu 18. Tetapi, kenapa namanya kampung baru? siapa yang mengasaskannya?

Mari kita kembali ke era sebelum merdeka iaitu semasa Malaysia masih lagi bergelar Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1950, Sir Henry Gurney yang merupakan Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada masa itu telah melancarkan sebuah rancangan penempatan semula penduduk-penduduk cina dari kawasan pedalaman ke kampung-kampung baru yang dibuka oleh kerajaan.

Rancangan tersebut dikenali sebagai Rancangan Briggs bersempena dengan nama pengarah operasi yang mengetuainya iaitu Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Tujuannya penempatan ini dilakukan bagi menyelamatkan penduduk luar bandar supaya tidak lagi diugut oleh Pergerakan Min Yuen untuk memberikan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Hasilnya, operasi Min Yuen berjaya dilumpuhkan sekaligus memberi tekanan kepada Parti Komunis Malaya.

Di awal penubuhan kampung-kampung baru ini, kawasan tersebut dipagar dengan kawat berduri dan dikawal 24 jam oleh pasukan keselamatan. Selain itu, kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, bekalan elektrik dan air turut diberikan kepada penduduk kampung baru.


Terdapat 10 buah kampung yang dibuka di daerah Hulu Langat pada masa itu iaitu;

  • Kampung Baru Batu 9 Cheras
  • Kampung Baru Batu 11 Cheras
  • Kampung Baru Batu 14 Hulu Langat
  • Kampung Baru Batu 18 Hulu Langat
  • Kampung Baru Balakong
  • Kampung Baru Sungai Chua
  • Kampung Baru Semenyih
  • Kampung Baru Broga
  • Kampung Baru Dengkil
  • Kampung Baru Bangi
Selain daripada pihak kerajaan, parti MCA juga banyak membantu komuniti cina pada masa itu selain turut mendapatkan dana bagi membina sekolah di Batu 9 dan Batu 11.

Sungguh tak sangka Hulu Langat merupakan sebahagian dari sejarah penting negara, saya akan cuba kupas lagi di siri sejarah Hulu Langat di masa akan datang.

Kerajaan: Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu
Parti MCA: Malaysian Chinese Association
Min Yuen: Sebuah pergerakan yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya untuk mencari bekalan makanan dan ubat-ubatan

Lazada Malaysia

Ikuti Kami Di

TwitterFacebookGoogle PlusRSS Feed